Jumaat, 23 Januari 2009

Program NILAM

Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah. Matlamat utama Program NILAM adalah membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar. Tiga elemen Program NILAM:

1. Setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca NILAM.
2. Guru mengesahkan rekod bacaan pelajar.
3. Pengiktirafan diberi kepada pelajar berdasarkan bilangan buku yang dibaca.

Di SMK Kampong Jawa, program NILAM diadakan pada pukul 7.30 - 8.00 pagi setiap Rabu. Guru-guru juga turut dibekalkan dengan majalah dari PSS untuk dibaca sementara menunggu pelajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan