Jumaat, 23 Januari 2009

Program NILAM

Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah. Matlamat utama Program NILAM adalah membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar. Tiga elemen Program NILAM:

1. Setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca NILAM.
2. Guru mengesahkan rekod bacaan pelajar.
3. Pengiktirafan diberi kepada pelajar berdasarkan bilangan buku yang dibaca.

Di SMK Kampong Jawa, program NILAM diadakan pada pukul 7.30 - 8.00 pagi setiap Rabu. Guru-guru juga turut dibekalkan dengan majalah dari PSS untuk dibaca sementara menunggu pelajar.

Sabtu, 17 Januari 2009

Larian Ria

Papan kenyataan markah yang belum diisi

Kuarter master sedang menyiapkan lorong penamat

Pelajar diberi taklimat sebelum pelepasan

Guru-guru sabar menanti keputusan rasmi

Cikgu Nor Ahmad dari Rumah Kuning dan Ustaz Rashid dari Rumah Hijau

Penolong Kanan Petang, Pn. Junaidah Suhadi menyampaikan hadiah kepada pemenang

Rumah Hijau menjadi juara keseluruhan

Pada 17 Januari 2009 (hari ini), Larian Ria (merentas desa) SMK Kampong Jawa telah diadakan dengan jayanya. Seramai 2000 pelajar mengambil bahagian dalam acara yang bermula pada pukul 8 pagi ini. Acara dibahagikan kepada 4 kategori, iaitu Lelaki A (tingkatan 4 & 5), Lelaki B (tingkatan 1,2,3), Perempuan A (tingkatan 4 & 5), Perempuan B (tingkatan 1,2,3).

Khamis, 15 Januari 2009

Rabu, 14 Januari 2009

Potluck


Potluck adalah salah satu budaya yang diamalkan di SMK Kampong Jawa. Pada setiap hari Jumaat minggu keempat, semua guru akan membawa makanan masing-masing. Setiap guru biasanya membawa makanan berbeza.

Selasa, 13 Januari 2009

Profil Sekolah




SMK Kampong Jawa terletak di Jalan Kota Raja, Klang. Kedudukannya adalah berhadapan dengan SMKA Hishamuddin, SMK Syahbandaraya dan SK Kampong Jawa. Jarak sekolah ini dari bandar Klang ialah 7 kilometer. Seramai 2990 pelajar menuntut di sekolah ini dalam dua sesi dengan jumlah guru seramai 140 orang (data 2009).